MAJLIS PERASMIAN SMK PERMATANG PASIR

Wednesday, June 20, 2012


PERASMIAN BANGUNAN PENDIDIKAN, PENYAMPAIAN BANTUAN, PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN DAN PROGRAM PERMUAFAKATAN PIBG


Perasmian Bangunan Pendidikan ( SMK Permatang Pasir ), Penyampaian Bantuan Pelajar Miskin KPM, Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Program Pemuafakatan PIBG telah diadakan pada 21 Ogos 2009 petang bertempat di Dewan+SMK Permatang Pasir, Seberang Perai Tengah. Majlis tersebut bermula dengan kehadiran YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin b. Haji Mohd Yassin- Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada jam 2.30 petang.

Tiga bangunan tambahan yang dirasmikan tersebut ialah Surau As-Syakirin, Dewan Al-Khawarizmi dan bangunan Rekacipta MPV.

Antara Tetamu lain yang turut menghadiri majlis tersebut adalah, Tan Sri Koh Tsu Koon - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Y.Bhg Hj. Zulkifly bin Mohd Wazir - Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM dan Y.Bhg En. Sulaiman bin Ahmad Presiden Majlis Aspirasiemangkin Nasional




JOM KAYUH BERSAMA