BENGKEL PENULISAN KEWARTAWANAN

Thursday, August 26, 2010



Sempena Julai Bulan Membaca Peringkat Sekolah Tahun 2010, Guru Media, Pn. Rohanida bt. Abdul Manaf dan Jawatankuasa Pusat Sumber Bestari Sekolah bersama Persatuan Pusat Sumber telah menganjurkan bengkel penulisan kewartawanan pada 13 Julai 2010 bertempat di Dewan Nilam, SMK Permatang Pasir.

Seramai 50 orang pelajar telah menghadiri bengkel yang memberi tumpuan kepada kemahiran penulisan kewartawanan. Bengkel ini telah dikendalikan dan dibimbing oleh penulis yang tidak asing lagi di zon utara, iaitu Tuan Hj. Anuar bin Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Anuar Asmadi. Beliau yang mempunyai latar belakang yang luas serta banyak pengalaman dalam bidang penulisan juga merupakan Ketua Penulis 1, Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang ( 2PNP ).

Antara topik yang dibincangkan dalam perbengkelan tersebut termasuklah teknik penulisan berita dan rencana serta kaedah mencari bahan berita. Para peserta telah dibimbing dengan teknik penulisan berita yang menarik dan berkesan kepada pembaca. Selain itu, para peserta turut didedahkan dengan peluang-peluang kerjaya dalam bidang penulisan.

Menurut En. Baharuddin bin Hashim, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, bengkel penulisan ini akan dijadikan aktiviti tahunan Pusat Sumber Bestari Sekolah kerana ia memberi impak yang positif kepada para pelajar. Bengkel penulisan ini bukan sahaja boleh dijadikan hobi untuk mengisi masa lapang, malah mampu menjana pendapatan kepada pelajar yang mempunyai minat dan bakat.

Hasil dari perbengkelan ini, seramai 3 orang peserta telah terpilih untuk mengikuti kursus lanjutan dalam penulisan peringkat negeri yang telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pinang (BTPN), Pokok Sena, Kepala Batas baru-baru ini. Tahniah kepada para peserta yang terpilih.

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN PERINGKAT SMK PERMATANG PASIR TAHUN 2010

Wednesday, August 25, 2010


Kejohanan olahraga kali ini merupakan kejohanan kali ke 7 peringkat sekolah. Majlis Perasmian Kejohanan telah disempurnakan oleh En. Hassan bin Mohamad, Penolong PPD Tengah pada 6hb. April 2010 bertempat di padang utama SMK Permatang Pasir.


Dalam ucapan perasmian tersebut, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Pengelola serta semua yang terlibat dalam menjayakan kejohanan kali ini. Suasana kemeriahan kejohanan kali ini menunjukkan bahawa sekolah ini benar-benar menyahut seruan Menteri Pelajaran Malaysia yang ingin melihat sukan di sekolah dilaksanakan dengan suasana meriah.


Beliau mengharapkan agar pengelolaan kali ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang supaya ia menjadi satu tanda aras kepada pengelolaan sukan di sekolah -sekolah di daerah Seberang Perai Tengah ini khususnya.


Menurut Pengurus Kejohanan, En. Baharuddin bin Hashim yang juga GPK Kokurikulum berkata bahawa kejayaan pengelolaan sukan tahunan kali ini adalah dengan sokongan yang kuat dari semua pihak dan warga sekolah ini. Sokongan dan komitmen dari pelbagai pihak adalah faktor penting dalam menentukan berjaya atau gagalnya suatu program yang dirancang. Beliau mengharapkan agar semua pihak yang terlibat akan terus memberikan sokongan yang padu dalam pengelolaan sukan pada masa akan datang.


Dalam kejohanan tersebut, Rumah Ceria terus mengungguli tempat pertama sekali gus mengekalkan pencapaian yang diraih selama 3 tahun berturut-turut. Bagi Pn. Halimah bt. VK Mohamed, Ketua Pengurus Rumah Ceria, ia merupakan detik yang paling manis kerana akan berpindah ke Putrajaya tidak lama lagi.

MAJLIS PERASMIAN SMK PERMATANG PASIR

Tuesday, August 24, 2010


PERASMIAN BANGUNAN PENDIDIKAN, PENYAMPAIAN BANTUAN, PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN DAN PROGRAM PERMUAFAKATAN PIBG

Perasmian Bangunan Pendidikan ( SMK Permatang Pasir ), Penyampaian Bantuan Pelajar Miskin KPM, Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Program Pemuafakatan PIBG telah diadakan pada 21 Ogos 2009 petang bertempat di Dewan+SMK Permatang Pasir, Seberang Perai Tengah. Majlis tersebut bermula dengan kehadiran YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin b. Haji Mohd Yassin- Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada jam 2.30 petang.

Tiga bangunan tambahan yang dirasmikan tersebut ialah Surau As-Syakirin, Dewan Al-Khawarizmi dan bangunan Rekacipta MPV.

Antara Tetamu lain yang turut menghadiri majlis tersebut adalah, Tan Sri Koh Tsu Koon - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Y.Bhg Hj. Zulkifly bin Mohd Wazir - Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM dan Y.Bhg En. Sulaiman bin Ahmad Presiden Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1431H

Salam Ramadhan dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat rakan-rakan guru dan seluruh warga SMK Permatang Pasir. Juga tidak lupa kepada pengunjung-pengunjung laman ini. Terima Kasih atas sokongan anda semua.

Sentiasalah SETTING niat, UPGRADE Iman, DOWNLOAD sabar, UPLOAD usaha, DELETE dosa, UPDATE doa, TOP UP ilmu, supaya dapatlah
REDEEM pahala banyak-banyak.


Selamat berpuasa dan selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Ikhlas,
Baharuddin bin Hashim
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Permatang Pasir.

PERTANDINGAN PIDATO DAN KUIZ (PERINGKAT SUKU AKHIR) KELAB PELABURAN BIJAK PNB PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2010

Pada pertandingan tahun ini, SMK Permatang Pasir telah diberi amanah dan tanggungjawab menjadi tempat pertandingan. Dengan kerjasama yang erat di kalangan warga sekolah dan juga dengan sokongan PPD Tengah, JPN Pulau Pinang dan Perbadanan Nasional Berhad, pertandingan ini telah berjaya diadakan dengan lancar pada 6 Julai 2010 bertempat di Dewan Al-Khawarizmi SMK Permatang Pasir.Pertandingan ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran En. Mohd. Jamil bin Othman, Ketua Unit kokurikulum, JPN Pulau Pinang.

Pertandingan ini diadakan bertujuan mendedahkan para pelajar, khususnya ahli KPBPNB kepada pengethuan mengenai pelaburan dan perancangan kewangan. Selain itu, ia juga mampu memupuk kesedaran menyeluruh di kalangan pelajar mengenai sumbangan dan kepentingan bidang pelaburan kepada pembangunan ekonomi negara. Malah kesedaran tentang kepentingan dan keperluan merancang kewangan demi masa hadapan diri dan keluarga.

Adalah diharapkan menerusi pertandingan ini, para pelajar bukan hanya berjaya dalam bidang akademik malah mampu melahirkan masyarakat yang berdaya saing dan berkualiti sebagai pengisian negara maju pada masa hadapan.

PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSPP PERINGKAT ZON PERMATANG PAUH 2010


Kejohanan ini telah diadakan bermula 8hb. hingga 12 Mac 2010 di dua lokasi kejohanan. Bagi acara padang ia telah diadakan di padang utama SMK Permatang Pasir, manakala acara balapan telah diadakan di Stadium Daerah Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam. Tahniah kepada guru penasihat, jurulatih, guru pengiring dan atlet yang telah mengharumkan nama sekolah kerana telah merangkul pingat dalam acara-acara yang dipertandingkan.
Seramai 12 orang atlet dari SMK Permatang Pasir telah berjaya mewakili Zon Permatang Pauh ke Kejohanan Balapan dan Padang MSSPP Ke 56 Peringkat Negeri Pulau Pinang yang akan diadakan pada 6 hingga 9 April 2010 di Stadium Bertam, Kepala Batas.

KURSUS SEHARI PENGURUSAN KOKURIKULUM TAHUN 2010

Kursus sehari ini diadakan pada 20hb. Februari 2010 bertempat di Dewan Al-Khawarizmi, SMK Permatang Pasir. Kursus ini telah dirasmikan oleh En. Faridon Kamal bin Hj. Fadzil, Penyelia Kokurikulum Unit Kourikulum, JPN Pulau Pinang. Dalam ucapan perasmian tersebut, beliau telah memberi penekanan tentang pentingnya penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Selain daripada pemarkahan 10 % , penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum juga sangat penting untuk mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

Kursus yang turut dihadiri oleh guru-guru penasihat ini meliputi bidang-bidang pengurusan kokurikulum. Antaranya pengurusan fail, surat menyurat, bidang tugas ahli jawatankuasa, pengurusan kewangan dan perancangan serta pelaksanaan aktiviti atau program.













KURSUS SEHARI PENGURUSAN KOKURIKULUM TAHUN 2010

Kejohanan Olahraga MSSPP Zon Permatang Pauh 2010

Sunday, August 22, 2010

Pasukan Atlet Olahraga SMK Permatang Pasir