BENGKEL PENULISAN KEWARTAWANAN

Thursday, August 26, 2010



Sempena Julai Bulan Membaca Peringkat Sekolah Tahun 2010, Guru Media, Pn. Rohanida bt. Abdul Manaf dan Jawatankuasa Pusat Sumber Bestari Sekolah bersama Persatuan Pusat Sumber telah menganjurkan bengkel penulisan kewartawanan pada 13 Julai 2010 bertempat di Dewan Nilam, SMK Permatang Pasir.

Seramai 50 orang pelajar telah menghadiri bengkel yang memberi tumpuan kepada kemahiran penulisan kewartawanan. Bengkel ini telah dikendalikan dan dibimbing oleh penulis yang tidak asing lagi di zon utara, iaitu Tuan Hj. Anuar bin Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Anuar Asmadi. Beliau yang mempunyai latar belakang yang luas serta banyak pengalaman dalam bidang penulisan juga merupakan Ketua Penulis 1, Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang ( 2PNP ).

Antara topik yang dibincangkan dalam perbengkelan tersebut termasuklah teknik penulisan berita dan rencana serta kaedah mencari bahan berita. Para peserta telah dibimbing dengan teknik penulisan berita yang menarik dan berkesan kepada pembaca. Selain itu, para peserta turut didedahkan dengan peluang-peluang kerjaya dalam bidang penulisan.

Menurut En. Baharuddin bin Hashim, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, bengkel penulisan ini akan dijadikan aktiviti tahunan Pusat Sumber Bestari Sekolah kerana ia memberi impak yang positif kepada para pelajar. Bengkel penulisan ini bukan sahaja boleh dijadikan hobi untuk mengisi masa lapang, malah mampu menjana pendapatan kepada pelajar yang mempunyai minat dan bakat.

Hasil dari perbengkelan ini, seramai 3 orang peserta telah terpilih untuk mengikuti kursus lanjutan dalam penulisan peringkat negeri yang telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pinang (BTPN), Pokok Sena, Kepala Batas baru-baru ini. Tahniah kepada para peserta yang terpilih.

0 comments:

Post a Comment