KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN PERINGKAT SMK PERMATANG PASIR TAHUN 2010

Wednesday, August 25, 2010


Kejohanan olahraga kali ini merupakan kejohanan kali ke 7 peringkat sekolah. Majlis Perasmian Kejohanan telah disempurnakan oleh En. Hassan bin Mohamad, Penolong PPD Tengah pada 6hb. April 2010 bertempat di padang utama SMK Permatang Pasir.


Dalam ucapan perasmian tersebut, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Pengelola serta semua yang terlibat dalam menjayakan kejohanan kali ini. Suasana kemeriahan kejohanan kali ini menunjukkan bahawa sekolah ini benar-benar menyahut seruan Menteri Pelajaran Malaysia yang ingin melihat sukan di sekolah dilaksanakan dengan suasana meriah.


Beliau mengharapkan agar pengelolaan kali ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang supaya ia menjadi satu tanda aras kepada pengelolaan sukan di sekolah -sekolah di daerah Seberang Perai Tengah ini khususnya.


Menurut Pengurus Kejohanan, En. Baharuddin bin Hashim yang juga GPK Kokurikulum berkata bahawa kejayaan pengelolaan sukan tahunan kali ini adalah dengan sokongan yang kuat dari semua pihak dan warga sekolah ini. Sokongan dan komitmen dari pelbagai pihak adalah faktor penting dalam menentukan berjaya atau gagalnya suatu program yang dirancang. Beliau mengharapkan agar semua pihak yang terlibat akan terus memberikan sokongan yang padu dalam pengelolaan sukan pada masa akan datang.


Dalam kejohanan tersebut, Rumah Ceria terus mengungguli tempat pertama sekali gus mengekalkan pencapaian yang diraih selama 3 tahun berturut-turut. Bagi Pn. Halimah bt. VK Mohamed, Ketua Pengurus Rumah Ceria, ia merupakan detik yang paling manis kerana akan berpindah ke Putrajaya tidak lama lagi.

0 comments:

Post a Comment